MUNAQASHAH KHAS BERSAMA DR. MUHAMMAD SA’ID BAKR (JORDAN) DI FPI, UKM BANGI

June 13, 2022
editor@abim

MUNAQASHAH KHAS BERSAMA DR. MUHAMMAD SA’ID BAKR (JORDAN) DI FPI, UKM BANGI

8hb Jun 2022 (Rabu): Alhamdulillah, telah berlangsung Munaqashah Khas bertajuk “Keutamaan Para Pendakwah Pada Zaman Kini” di Bilik Bitara, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Bakr (Ahli Majlis Ulama Jordan / Anggota Maktab Tanfizi Majlis Ulama Palestin) tampil selaku pembicara. Beliau merupakan seorang alim dan berjiwa besar dalam jaulah dakwahnya di Malaysia.

Beliau juga merupakan pakar dalam kajian Hadis, dan telah menghasilkan pelbagai karya khususnya dalam sirah, syarahan kepada karya-karya turats seperti Aqidah Tahawiyah, manzumah Baiquniyah dan lain-lain. Moderator bagi program ini ialah Prof Madya Dr Kaseh Abu Bakar (Pensyarah Kanan FPI UKM) manakala Ustaz Mohammad Syafiq Ismail (Ketua Biro Dakwah ABIM) hadir selaku penterjemah.

Hadir sama, al-Fadhil Ustaz Dr. Farid Mat Zain (Pengerusi Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM) dan dan Sdra. Mohammad Fazril Mohd Salleh (Setiausaha Agung ABIM).

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR