NAIB PRESIDEN ABIM BENTANG ISU CVE DI HADAPAN 120 PEMIMPIN MPP POLITEKNIK

June 14, 2022
editor@abim

NAIB PRESIDEN ABIM BENTANG ISU CVE DI HADAPAN 120 PEMIMPIN MPP POLITEKNIK

2hb Jun 2022 (Khamis): Alhamdulillah, Sdra. Zairudin Hashim (Naib Presiden ABIM) telah membuat pembentangan dalam Program ‘Countering Violent Extremism (CVE) Youth Knight Ambassadors 2022: A Workshop for Polytechnic College Student Leaders’.

Beliau mengupas topik “Influencing Peers and Persuasion”, di hadapan 120 orang dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari seluruh Politeknik Malaysia, di Hotel Olympic Malaysia, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama 5 hari ini diadakan pada 1-5hb Jun 2022, dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kementerian Luar Negeri.

Program ini dianjurkan bagi memberi kesedaran dan mendidik pelajar tentang perkembangan memerangi keganasan, menanamkan bantahan keras terhadap ekstremisme, membina identiti kumpulan melalui nilai tolenrasi dan kepelbagaian yang dikongsi serta memilih ‘Duta Youth Knight Ambassador’.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mengurangkan impak ekstremisme dari luar Malaysia yang boleh menjejaskan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR