Naib Presiden ABIM Sampaikan Perkongsian Dalam Persidangan Pemimpin Belia Antarabangsa, Di MAHSA University

April 18, 2022
editor@abim

NAIB PRESIDEN ABIM SAMPAIKAN PERKONGSIAN DALAM PERSIDANGAN PEMIMPIN BELIA ANTARABANGSA, DI MAHSA UNIVERSITY

10hb April 2022: Alhamdulillah, Sdra. Zairudin Hashim (Naib Presiden ABIM) telah membuat perkongsian dalam sesi International Youth Leader (IYL) Summit – Chapter We Love Palestine, dengan tajuk “Digital Transformation in the Global Business Environment (Point of View: Islam and Politics)”.

Turut memberikan pengisian di Ballroom Mahsa University, Bandar Saujana Putra, Selangor adalah Dayah Bakar (selebriti); Prof Dr Supyan Hussin (Ahli Akademik); dan Dr Rifki Ismal (Pakar Kewangan Islam).

IYL Malaysia 2022 merupakan platform kegiatan para pelajar dan pimpinan muda Indonesia di ASEAN untuk bertukar fikiran dan berdiskusi terkait isu-isu global. Ia difokuskan untuk melatih pemimpin muda yang berpotensi agar berdikari dan siap bersaing pada kancah antarabangsa, Selain perkongsian motivasi-inspirasi serta perjuangan Palestin, program di MAHSA University ini turut diserikan dengan persembahan penyanyi lagu kerohanian popular dari seberang, Opick.


Terdahulu, pada 9hb April 2022, delegasi pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai Presiden, Sdra. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri jemputan daripada Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) di Indonesia, KNPI di Malaysia dan KNPI Provinsi Kepulauan Riau. Program berlangsung di Hotel Astan, Kota Batam, Indonesia. Pada 10hb April 2022 pula, pimpinan MBM berperanserta dalam Majlis Silaturahim dan Santunan Anak Yatim Piatu. Program berlangsung di Grand Sahid Jaya, Jakarta.

Sementara itu, pada 11hb April 2022, delegasi MBM mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia, Yang Terhormat Bambang Soesatyo, S.E., M.B.A. Pada 12hb April 2022, pimpinan MBM mengadakan kunjung hormat kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, yang disambut oleh Encik Muhamad Fairuz Shafie, Counsellor, Encik Ammil Afiq Jasimi dan Encik Abdul Zuhaili Abdullah.


Layari www.sinarramadan.abim.org.my

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/infaqabim

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR