Naib Presiden ABIM Sampaikan Syarahan Mencegah Keganasan Dalam Bengkel Belia ‘Common Identity: Values for An Inclusive and Cohesive Society’ (CIVICS 1.0)

November 19, 2021
editor@abim

NAIB PRESIDEN ABIM SAMPAIKAN SYARAHAN MENCEGAH KEGANASAN DALAM BENGKEL BELIA ‘COMMON IDENTITY: VALUES FOR AN INCLUSIVE AND COHESIVE SOCIETY’ (CIVICS 1.0)

Alhamdulillah, pada 9-10hb November 2021, Sdra. Zairudin Hashim (Naib Presiden ABIM) telah diundang sebagai penceramah dalam Bengkel Dalam Talian ‘Common Identity: Values for an Inclusive and Cohesive Society (CIVICS 1.0) yang dianjurkan secara dalam talian.

Beliau mengupas topik “Building Community Resilience in the Digital Age”. Program dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik Digital (BKSD), Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), sebuah agensi di bawah Kementerian Luar.

Untuk rekod, ABIM telahpun mempunyai ‘task force’ dalam membawa agenda ‘countering violent extremism (CVE)’, di mana banyak siri dialog serta wacana dianjurkan bersama badan-badan dalam dan luar negara, dalam menentang fahaman ekstremisme.

Malahan, pada 1984, ABIM telah menerbitkan buku “Kebangunan Islam: Di Antara Tantangan Dan Ekstrimisme” (Islamic Awakening between Rejection and Extremism) tulisan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pada 1984.

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR