Operasi Bantuan Banjir GPM di sekitar Pahang

March 12, 2022
editor@abim

Operasi Bantuan Banjir GPM di sekitar Pahang

24hb Februari 2022 (Khamis): Alhamdulillah, Tim Global Peace Mission (GPM) Malaysia Malaysia telah turun padang bagi mengagihkan bantuan barangan perabot kepada penduduk di sekitar Pahang yang terkesan dengan banjir yang lalu iaitu di Bentong, Mentakab, Kuantan dan Pekan.

Seperti yang kita lihat, banjir lalu telah memberikan kesan yang buruk kepada mereka yang terjejas. Kebanyakan rumah mereka ditenggelami air paras pinggang beserta lumpur yang tebal. Barangan perabot tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh Crossover dan rakan NGO lain iaitu Bonyan Organization.

Antara barangan keperluan yang diserahkan adalah: Set almari; Set meja kopi; Mesin basuh; Peti sejuk; Set katil serta Sumbangan tunai RM1,000 sekeluarga untuk 6 buah keluarga. Selain itu, turut diagihkan set kotak makanan buat mereka yang ditaja oleh Sanabil Development Berhad. Agihan kali ini dibantu oleh Ikatan Pelajar Islam Pahang dan ABIM Pahang. Terima kasih diucapkan kepada penaja dan juga mereka yang membantu agihan kali ini.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR