Pelakon teater, pensyarah Mazlan Tahir meninggal dunia

October 23, 2021
editor@abim

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepergian Almarhum Mazlan Tahir, pelakon, pengarah dan penulis skrip teater terkenal, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 21hb Oktober 2021 lalu.

Almarhum juga merupakan pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta pensyarah sambilan di ASWARA.

Mazlan, 56, yang sebelum ini menghidap pelbagai penyakit menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Umi Kalsom Ahmad.

Anak kelahiran Kuala Kubu Baru, Selangor itu telah membintangi pelbagai pementasan teater. Antaranya, Lantai T Pinkie, Muzikal Mahathir, Muzikal Uda & Dara, Ibu Zain serta Anugerah Sirah Junjungan.

Pementasan teater arahannya pula adalah Muzikal Selendang Jiwa, Bangsawan Alang Buana dan terbaharu Teater Muzikal Destini Anak Bangsa. Sepanjang penglibatan Almarhum dalam dunia teater, beliau turut menerima pengiktirafan iaitu Tokoh Muda Teater Tanah Air oleh Arkib Negara Malaysia pada 2004 dan Pengarah Teknikal Terbaik sempena Festival Teater Kebangsaan (1992 dan 1993).

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR