Penasihat ABIM Sandakan terima Anugerah Tokoh Akademik daripada UMS Kampus Sandakan

October 1, 2021
editor@abim

Penasihat ABIM Sandakan terima Anugerah Tokoh Akademik daripada UMS Kampus Sandakan

Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Mohammed Selamat bin Madom, Felo Utama (Pengeluaran Tanaman) atas Anugerah Tokoh Akademik yang diterima daripada Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan.

Beliau yang juga merupakan aktivis WADAH Sandakan, Sabah, merupakan mantan pimpinan ABIM Negeri Johor. Kini bermastautin bersama isteri di Sandakan. Sehingga kini, Prof Dr Selamat dan isteri masih aktif dalam kegiatan ilmu, bakti dan dakwah di Sandakan serta di merata tempat.

Terdahulu, Setiausaha Kewangan ABIM Pusat juga kini Yang Dipertua (YDP) ABIM Negeri Sembilan, Ustaz Dr. Mohd Faridh Hafez Mhd Omar telah menerima Anugerah Ikon Alumni Akademik di Majlis Sambutan Hari Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 9hb Ogos 2021. Ustaz Dr. Faridh kini merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Kepimpinan & Pengurusan USIM.

ABIM juga mengucapkan tahniah kepada Sdra. Mohd Nur Hilmie Bin Milus (YDP ABIM Sabah) atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kluster Dakwah Negeri Sabah, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk tempoh bermula 1hb September 2021 sehingga 1hb Disember 2022.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Sdra. Ahmad Farid Sainuri atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kluster Dakwah Negeri Sabah, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk tempoh bermula 1hb September 2021 sehingga 1hb Disember 2022. Sdra. Farid merupakan penerima Anugerah Tokoh Khalid Al-Walid Sempena Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M Peringkat Negeri Sabah.

Semoga pencapaian serta perlantikan ini terus menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada kesemua warga ABIM di seluruh negara, dalam menggerakkan ABIM selaku Gerakan Ilmu & Bakti. Semoga tanggungjawab yang diamanahkan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar memberi manfaat kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR