Perjuangan Agung Saidatina Khadijah radiyAllahu ‘anha, Mujahidah Solehah

November 3, 2021
editor@abim

Kaulah lambang cinta sejati

Serikandi pertama tika Islam bermula

Hatimu menyalakan keyakinan

Hartamu membuktikan pengorbanan

Kau Siti Khadijah, namamu indah

Qudwah hasanah, tauladan ummah

Tika Rasul terpinggir

Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah, mujahidah solehah

Agung jasamu, di persada sejarah

Pemergianmu ditangisi Nabi

Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah

Menggamit hati mencari teman

Indah jalan menuju Allah

Jika teman seperti Khadijah

– “Siti Khadijah” (Inteam)

Perjuangan Saidatina Khadijah radiyAllahu ‘anha

Jika dilihat dari jauh, agak menonjol Jabal (Gunung) Nur adalah antara gunung yang paling tinggi berbanding sekitarnya. Sebelum kerasulan, Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam selalu menyendiri di Gua Hira’ yang berada di atas Jabal Nur ini.

Saya tidak boleh bayangkan macam mana Saidatina Khadijah binti Khuwailid radiyAllahu ‘anha berulang alik mempersiapkan bekal makan dan keperluan Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam dari Mekkah ke Jabal Nur. Jaraknya saja dah sekitar 10 kilometer dan pendakian gunung yang setinggi 600 meter lebih tu biasanya mengambil masa 1 jam pendakian.

Sungguh memang tidak ada tolok bandingnya pengorbanan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah radiyAllahu ‘anha. Beliau juga seorang isteri yang lemah lembut dan penuh kasih sayang.

Saidatina Khadijah radiyAllahu ‘anha merupakan penghulu wanita dan penghulu syurga; bukan disebabkan berasal golongan bangsawan, sebaliknya sifat kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara.

Beliau adalah seorang usahawan yang masyhur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta. Khadijah bukan melakukan sesuatu dengan baik semata-mata, bahkan komited dan sempurna.

Beliau mendermakan semua harta tanpa risau ia akan habis, malah ketika hampir menghembuskan nafas terakhir, masih memikirkan apa boleh diberi untuk Islam.

Daripada seorang hartawan yang kaya raya, menginfakkan seluruh hartanya pada perjuangan Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam sehingga pada akhir hayatnya masih berpesan, jika tulang belulangnya boleh digunakan sebagai jambatan bagi tentera Islam menyeberangi sungai dalam perperangan, maka manfaatkanlah…

Allahu Akbar… tidak tergambar pengorbanan Saidatina Khadijah radiyAllahu ‘anha.

اللهم صل على محمد وعلى أزواجه وذريته كما صليت على آل إبراهيم، وبارك على محمد وعلى أزواجه وذريته كما باركت على آل إبراهيم، إنك حميد مجيد

Sumber: Mohamad Basri Ibrahim

#SebarkanSalam

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo