Peserta BINI Terkesan Dengan Iktibar Enam Ikrar Imraatu Imran

December 1, 2015
editor-media

29 November 2015, Sungai Ramal Dalam, Kajang:- Hari ini air mata kami jatuh lebat apabila dikisahkan tentang imraatul imran iaitu lbu kepada Maryam. Ketika dia bernazar dan memohon dengan penuh kesungguhan, ” Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada my, apa yg ada dalam kandunganku,menjadi hamba yang mengabdi, maka terimalah nazar daripadaku.” Doa inilah yang menjadi Kan ibu Maryam dititipkan kemuliaan dari Allah kerana nazarnya yang luar biasa. Rupanya tuhan memuliakan keturunannya kerana nazarnya itu. Seluruh keluarganya mendapat rahmat dan dimuliakan tuhan di dalam Al Quran. Di akhir kuliyyah, Ustaz menitipkan, jadilah kalian ibu yang berazam teguh untuk menyerahkan anaknya di jalan Allah. Sesungguhnya imraatul Imran telah menunjukkan benchmark tertinggi dalam niat dan keazaman seorang ibu. Sebelum bersurai, kami dipertontonkan dengan petikan filem Maryam dan bagaimana proses nazar itu berlaku di Baitul Maqdis. Empangan air mata kami pecah lagi. Jatuh tumpah tanpa henti dan dalam diam kami berniat dan memasang nazar.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR