PIMPINAN JAMAAT-E-ISLAMI PAKISTAN KUNJUNGI SEKRETARIAT ABIM PUSAT (SAP) - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

PIMPINAN JAMAAT-E-ISLAMI PAKISTAN KUNJUNGI SEKRETARIAT ABIM PUSAT (SAP)

PIMPINAN JAMAAT-E-ISLAMI PAKISTAN KUNJUNGI SEKRETARIAT ABIM PUSAT (SAP)

26hb Mei 2022: Alhamdulillah, Presiden, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz dan pimpinan ABIM telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jamaat-e-Islami Pakistan yang diketuai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Jamaat Islami Pakistan, Sdra. Asif Luqman Qazi bersama Ketua Jabatan Pengajian Islam Institut Al-Mawdudi, Dr. Muhammad Iqbal Khan di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Gombak.

Jamaat-e-Islami merupakan gerakan Islam yang ditubuhkan oleh Sayyid Abul ‘Ala Mawdudi pada 24hb Ogos 1941.

Antara lain, delegasi tersebut turut mengadakan pertemuan bersama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Mantan Presiden ABIM dan Ahli Parlimen Port Dickson) serta Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor (juga ADUN Jeneri).

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti