Presiden ABIM Hadiri Pelancaran Program Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Di Kelana Jaya

April 18, 2022
editor@abim

Presiden ABIM Hadiri Pelancaran Program Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Di Kelana Jaya

31hb Mac 2022: Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdra. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid bersama pimpinan ABIM dan MBM telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 1443H/2022M Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Kelana Jaya.

Program telah dilancarkan secara rasminya oleh YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom ( Pengerusi YBK). Dalam majlis yang sama juga telah diadakan acara memotong kek sempena Ulang Tahun YBK Ke-32 yang jatuh pada 26hb Mac 2022 yang lalu. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar, sidang media dan jamuan makan.


Layari www.sinarramadan.abim.org.my

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/infaqabim

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR