Presiden ABIM Kunjungi Maahad Tarbiah Islamiah Derang Di Pokok Sena, Kedah

April 1, 2022
editor@abim

PRESIDEN ABIM KUNJUNGI MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH DERANG DI POKOK SENA, KEDAH

26hb Mac 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz dan delegasi ABIM Pusat telah mengunjungi Maahad Tarbiah Islamiah Derang di Pokok Sena, Kedah. Beliau turut berkesempatan memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar Maahad Derang di padang, serta melakukan sepakan penalti sebagai simbolik permulaan perlawanan bola sepak di antara kumpulan-kumpulan Usrah di sana.

Maahad Derang ditubuhkan pada Januari 1980 merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang berasaskan falsafah pendidikan Islam yang tulen. Sdra. Faisal juga menziarahi pusara Almarhum Ayahanda Syeikh Ni’amat Yusoff serta para aktivis ABIM Kedah dan Maahad Derang, yang terletak tidak jauh dari institusi tersebut.

Sebuah kereta Volkswagen milik Almarhum Syeikh Ni’amat juga masih ada dijaga oleh pihak pengurusan Maahad. Sejak berdekad yang lalu, ABIM Kedah (sejak 1972) serta Maahad Derang (1980) yang telah diletakkan batu asasnya oleh Syeikh Ni’amat telah menggerakkan agenda islah dan misi pencerahan yang cirinya kekal bersifat universal dan inklusif.

Moga untuk separuh abad yang akan datang, gerakan ilmu dan bakti ini akan terus diwarisi oleh generasi demi generasi bagi menyambung risalah dakwah yang diamanahkan oleh Nabi-Nya. ABIM adalah ‘learning organization’ – gerakan kita berkembang kerana kita belajar dengan pebagai pihak. Hal ini yang menjadi kekuatan kita dalam membawa agenda pengislahan berasaskan nilai kosmopolitan – interaksi dan libat urus dengan pelbagai pemegang taruh. Semoga ABIM terus subur, insya Allah.


Ayuh berjuang bersama kami dengan menghulurkan sumbangan melalui program INFAQ RAMADHAN @ ABIM:

A. JomPay: Biller Code: 80556

Ref 1: Infaqramadan

Ref 2: No. Telefon


B. Atas Talian: https://www.billplz.com/infaqabim


C. Pindahan/deposit wang tunai ke akaun ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA,

Bank Islam: 14-023-01-003252-7

Maybank: 5642 2161 0116


D. Sumbangan juga boleh dilakukan melalui OnPay: https://infaqabim.onpay.my/order/form/infaqramadan


PERTANYAAN LANJUT: +60126211545 (Pn. Badriah) / kewangan@abim


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR