Presiden ABIM Kupas Program Islam & Buddhism Eco Dialogue (IBED 2022), di Bernama TV & Bernama Radio

January 4, 2022
editor@abim

Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz tampil dalam slot Jendela Fikir di Bernama Radio pada pagi ini, 4hb Januari 2021 (Selasa) jam 8:30 Pagi.

Beliau juga akan ke udara di Bernama TV dalam Slot Ruang Bicara bersama Sdra. Pek Chee Hen pada jam 9 malam ini.

Beliau akan mengupas Program Islam & Buddhism Eco Dialogue (IBED 2022) yang akan dianjurkan ABIM.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat isu darurat iklim yang melanda dunia hari ini. ABIM menegaskan bencana-bencana besar yang berlaku termasuk yang sedang dihadapi rakyat negara ini adalah impak daripada perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia.

Program tersebut bakal diadakan pada 15 & 16 Januari 2022. Untuk pendaftaran dan makluman terperinci boleh dibuat dengan merujuk ke pautan www.ibedconf.com.

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/

#DaruratBanjir #RakyatJagaRakyat#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR