PROGRAM INSPIRASI HIJRAH DAN KEMERDEKAAN ABIM NEGERI SEMBILAN DI KG ORANG ASLI LANGKAP, KUALA PILAH

September 2, 2022
editor@abim

PROGRAM INSPIRASI HIJRAH DAN KEMERDEKAAN ABIM NEGERI SEMBILAN DI KG ORANG ASLI LANGKAP, KUALA PILAH

30hb Ogos 2022: Alhamdulillah, ABIM Negeri Sembilan dan Islamic Outreach ABIM (IOA) meraikan sambutan Kemerdekaan di Perkampungan Orang Asli Kampung Langkap, Kuala Pilah.
Turut diadakan, perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan ABIM Negeri Sembilan bersama belia Kampung Langkap.

Setelah Solat Maghrib, program diteruskan dengan kuliah “Inspirasi Hijrah & Kemerdekaan” yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Shamsul Azhar Yahya buat penduduk Islam Kampung Langkap. Yang menariknya, penduduk bukan Islam turut bersama berada di Surau untuk mendengar kuliah.

Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan, Ustaz Dr. Faridh Omar juga melancarkan Pertubuhan Kebajikan Islam Kampung Langkap (PKI) yang bakal menjadi nadi utama perlaksanaan program keIslaman di sana.

Turut diadakan pemasangan Papan Tanda Surau Al Rahman, Kampung Langkap. Terima kasih kepada Tok Batin Kampung Langkap, Penyelaras DUN Seri Menanti, Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan, Komuniti Melayu Pulau Kokos Australia dan orang awam yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Merasai pengalaman baru sambutan kemerdekaan bersama Orang Asal Kampung Langkap, Kuala Pilah. Pastinya kemerdekaan bukan hanya laungan semata, tetapi pembebasan jiwa.

Salam Kemerdekaan.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR