Projek 57: Wan Noor Fadhilah Calon Duta Perpaduan ABIM

September 5, 2021
editor@abim

DUTA PERPADUAN

Pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sukacita mencalonkan Sdri. Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim (Fadhilah Ibrahim), Exco ABIM Pusat dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia untuk terlibat sebagai sebahagian keluarga besar Projek 57 sebagai ‘Duta Perpaduan’ (Unity Embassador).

Beliau merupakan pemenang tempat ke-2 dalam Pertandingan Menulis Esei Kemanusiaan anjuran ICRC untuk tahun 2017; dalam kategori bukan wartawan (Bahasa Melayu), dengan tema “Even wars have limits”.

Berkhidmat bersama GPM sejak 2014, antara misi bantuan yang beliau sertai adalah Misi Ramadhan al Habeeb 6.0 Malaysian Lifeline for Syria di Turkey (kini Malaysia for Syria) Jun 2018; Misi Qurban for the Needy Cox’s Bazar GPM di Bangladesh 2018 dan 2019, dan Misi Iftar for the Needy Selatan Thailand, Jun 2017.

Beliau juga menyertai Women Conscience Convoy dari Istanbul ke Hatay, Turki pada Mac 2018; Misi ‘fact findings’ di Bosnia Herzegovina, Januari 2020; dan Jaulah ABIM Mesir pada 2018.

Seorang yang berdisiplin, komited dan ceria, Sdri. Fadhilah gemar berkongsi perkara yang positif serta pengalaman kerja kesukarelaan beliau di media sosial, khususnya ketika menyertai misi bantuan ke kawasan yang mengalami konflik dan krisis kemanusiaan.

Bersama inisiatif bermakna Projek 57 dan peluang sebagai ‘Duta Perpaduan’, ABIM percaya Sdri. Fadhilah akan dapat memberi inspirasi juga menarik lebih ramai anak muda untuk terlibat sama dalam kerja-kerja kesukarelaan dan kemanusiaan, seterusnya memahami makna sebenar kemerdekaan serta kebebasan. Merdeka!

#MakaKami #ABIMdiHatiku #MenggerakBelia

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo