Qazaf: Memahami Undang-Undang Keterangan Dan Pembuktian Dalam Islam

February 21, 2015
editor-media

Di dalam Islam pembuktian yang diterima pakai sebagai sabitan ialah al-Iqrar, al-Shahadah dan al-Yamin manakala al-Qarinah memerlukan bukti sampingan dan bukti lain untuk menyokongnya. Al-Iqrar dan al-Shahadah mempunyai kedudukan yang paling tinggi berbanding dengan kaedah lain sama ada al-Yamin dan al-Qarinah. Al-Yamin hanya diterima sebagai sabitan dalam kes sivil dan ditolak dalam kes jenayah. Manakala al-Qarinah atau pembuktian melalui fakta dan keadaan keterangan seperti bukti forensik, DNA, cap jari memerlukan bukti sampingan yang menyokong satu sama lain untuk sabitan. Sabitan kes melalui pembuktian al-Qarinah tidak diterima pakai dalam kes hudud dan qisas tetapi ianya boleh diterima di dalam kes taazir.

Perlu diingatkan bahawa walaupun al-Qarinah melalui keterangan forensik sama ada ujian DNA, ketulenan video atau gambar, cap jari dan sebagainya boleh diterima pakai sebagai bukti sampingan ianya hanya menjadi sebahagian daripada al-Bayyinah. Kedudukan pembuktian melalui al-Qarinah adalah tidak sama nilainya seperti al-Iqrar, al-Syahadah dan al-Yamin. Namun demikian, ianya masih boleh berfungsi untuk membantu pihak pendakwaan atau pembelaan sekurang-kurangnya di peringkat ghalabah al-zan (melampaui alasan munasabah) dalam kes taazir. (Disediakan oleh Dr Zulkifli Hasan. Baca artikel penuh menerusi pautan ini)

 

 

 

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR