Ramadhan Sayu Tanpa Ayah

July 3, 2014
editor-media

Putrajaya: “Ini tahun kedua kami menyambut Ramadan tanpa ayah di sisi, sebelum ini ayahlah orang yang paling sibuk menguruskan keperluan kami sepanjang bulan puasa, selain ibu… namun kini semua tinggal kenangan dan semua terpaksa dilakukan sendiri,” luah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya 8(1), Alya Adriana Abdul Rahman, 12.

Pemergian ayahnya secara tiba-tiba ketika bersujud menyebabkan dia dan tiga lagi adiknya yang masih kecil hilang tempat bergantung dan bermanja dalam sekelip mata. Alya Adriana berkata, kehilangannya ayahnya dirasai terutama pada peringkat awal, malah ibunya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur juga tertekan.

“Kehidupan memang agak susah selepas ayah tiada, namun kami bernasib baik kerana saudara mara sentiasa menghulurkan bantuan kepada ibu dan kami empat beradik. “Malah saya bersyukur dengan bantuan keperluan asas yang diterima daripada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebentar tadi (semalam) dan mengucapkan terima kasih kerana berusaha mengurangkan bebanan yang ditanggung ibu selepas pemergian ayah,” katanya ketika ditemui di sini selepas menerima bantuan menerusi Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) di sini, semalam.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam (1402 30100 32527) atas nama ABIM. Hubungi Sekretariat ABIM Pusat (03-4108 4500) Sdra. Muhamad Zikri ( 013-311 7560) Sdri. Aida Muslihah (013-275 0537)

Sumber: Akhbar Harian Metro

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR