Sekitar Grand Ifthar Jamaie PKPIM UIAM Gombak

April 18, 2022
editor@abim

SEKITAR GRAND IFTHAR JAMAIE PKPIM UIAM GOMBAK

13hb April 2022 (Rabu): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM, Sdra. Zairudin Hashim telah membuat perkongsian dalam Program Grand Ifthar Jamaie PKPIM UIAM di Kafe Ekons, UIAM Gombak. Beliau mengupas topik “Mahasiswa, Ramadan & Ilmu”. Sesungguhnya, bulan Ramadan memang dikenali sebagai bulan mendidik jiwa, perlakuan, diri dan akhlak umat. Ulama’ mengingatkan kita supaya mencari ilmu, manakala untuk mendapatkan ilmu yang dapat membersihkan jiwa dan rohani, kita perlu menjauhi maksiat.

Hal ini selari dengan pesanan Imam al-Waqiq kepada Imam Shafie: ‘Ilmu tidak bersahabat dengan orang melakukan maksiat.’ Dalam Islam, ilmu mempunyai darjat amat tinggi, manakala Ramadan pula bulan amat istimewa. Hal yang demikian, tradisi pengukuhan ilmu perlu disemarakkan sepanjang Ramadan melalui pelbagai aktiviti seperti ceramah, diskusi dan pembacaan kitab yang memang sudah disemarakkan ulama dan pemimpin terdahulu khususnya zaman keagungan Islam.


Layari www.sinarramadan.abim.org.my

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/infaqabim

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR