Sekitar Program Turun Daerah (TURDA) ABIM Sabah ke Daerah Ranau dan Putatan

February 21, 2022
editor@abim

16hb Januari 2022: Alhamdulillah, bertempat di Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau, ABIM Negeri Sabah telah berkunjung ke Daerah Ranau bagi membincangkan dan memantapkan lagi gerak kerja di daerah tersebut.

Seramai 9 orang Exco ABIM Daerah yang hadir dan 4 orang Exco ABIM Negeri Sabah yang terlibat.

Tujuan utama program TURDA adalah untuk memperkukuhkan ukhwah dan gerak kerja antara ABIM Sabah dan ABIM Daerah serta berbincang lanjut tentang urusan gerakan, program dakwah dan pembangunan belia yang akan dilaksanakan oleh ABIM Daerah Ranau.

Insya Allah banyak program yang boleh dijadikan kerjasama yang telah dibincangkan, yang pastinya memberikan manfaat kepada belia dan masyarakat di daerah Ranau.


Terdahulu, pada 15hb Januari 2022: Alhamdulillah, pimpinan ABIM Sabah diketuai oleh Sdra. Mohd Nur Hilmie Bin Milus, Yang Dipertua ABIM Sabah mengadakan Program Turun Daerah (TURDA) ABIM Sabah Daerah Putatan untuk bertemu dengan pimpinan dan penggerak ABIM Daerah Putatan di Teratak Mustapha Taman Kingland Petagas, Putatan.

YDP ABIM Sabah menekankan bahawa setiap ahli, penggerak dan pimpinan ABIM perlu sentiasa menekankan aspek tarbiyah dalam kehidupan dan bermuhasabah diri dalam memperbaiki diri serta memberi khidmat kepada masyarakat.

YDP ABIM Sabah juga mengingatkan semua bahawa jalan perjuangan dakwah ini tidak mudah dan sangat berliku, pastinya ada ujian yang akan dilalui. Semua ini adalah suatu proses tarbiyah dan ia akan menbentuk kekuatan ukhwah dalam gerakan ini.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR