Seputar Misi Bantuan Kecemasan ABIM Pulau Pinang, di Sekitar Lembah Klang

January 2, 2022
editor@abim

Seputar Misi Bantuan Kecemasan ABIM Pulau Pinang, di Sekitar Lembah Klang

Alhamdulillah, pada 21 – 23hb Disember 2021, para aktivis ABIM Pulau Pinang; Global Peace Mission (GPM) Pulau Pinang; PEMBIMBING serta Nusrah Alami menggerakkan misi bantuan banjir di sekitar Lembah Klang.

Pasukan ini pada asalnya bergerak menuju ke pejabat gudang GPM di Taman Cemerlang, Gombak sebelum meneruskan misi memberi bantuan kepada mangsa banjir di Selangor berupa makanan, minuman bersih, pakaian dan selimut.

Antara lokasi bantuan adalah di Taman Seri Putri, Meru (termasuk rumah milik Guru SRI/TASKI ABIM Klang); Jalan Khamis, Meru (rumah warga emas); Jalan Kopi, Meru; REC Klang; serta SMK Meru, Klang.


Kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala kita bergantung, sesama masyarakat dan rakyat kita tolong-menolong. “Memberi bukan tunggu ‘ada’; beramal bukan tunggu ‘kaya’. Menyumbang bukan kerana berada, tapi kerana faham rasanya tiada.”

Ayuh kita sama-sama menyumbang dan menghulurkan bantuan buat mereka yang diuji. Hulurkan tangan, ringankan beban!

Alhamdulillah, syukran. Salam keprihatinan & kasih sayang dari meja petugas lapangan ABIM. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung sepanjang tempoh Covid-19 serta musibah banjir ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua aktivis dan sukarelawan yang berpartisipasi bersama dalam agenda kebaktian ini .

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/

#DaruratBanjir #RakyatJagaRakyat
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR