SERI Al-Ummah Juara Bolasepak Ihtifal 2017 - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

SERI Al-Ummah Juara Bolasepak Ihtifal 2017

19 Mac 2017, Kuantan:- Alhamdulillah Seri Al Ummah Chemor telah muncul johan untuk acara Bolasepak sempena penganjuran Ihtifal Sukan Sekolah-Sekolah ABIM Peringkat Kebangsaan 2017. Kemenangan ini dicapai setelah mengatasi SERI Alor Setar 1-0 dalam perlawanan rancak yang diadakan di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Untuk rekod sebelum ke Kuantan, SERI Al-Ummah telah muncul sebagai Naib Juara MSSD Daerah Kinta, di Perak Darul Ridzuan.