Setiausaha ABIM Perak buat perkongsian dalam Kem Belia MBM di Gopeng

February 10, 2022
editor@abim

29hb Januari 2022 | Murni Camp, Gopeng Perak

Alhamdulillah, Setiausaha ABIM Perak, Sdra. Izzuddin Hariz telah membuat perkongsian dalam program Take5 Youth Camp anjuran MBM dan Kementerian Kesihatan Malaysia di Murni Camp, Gopeng Perak.

Beliau kongsikan tentang 4 ciri-ciri belia Islam yang ditekankan oleh Imam Hassan Al Banna:

1. Iman yang mantap

2. Jiwa yang Ikhlas

3. Jiwa yang bersemangat

4. Amalan yang berterusan

Take5 merupakan salah satu program di bawah inisiatif Komuniti Minda Sihat Belia Malaysia (Skuad BeMind). Program ini merupakan langkah respon awal kesihatan mental kepada golongan belia melalui aktiviti luar di samping menyediakan ruang interaksi positif dalam membentuk kumpulan sokongan sosial minda sihat dalam kalangan komuniti.


Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmudanBakti #LetsTalkMindaSihat

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR