SIDANG PERUNDINGAN HELWA, MASURI, KEWANGAN & TERANG BENDERANG DI BACC

September 21, 2022
editor@abim

SIDANG PERUNDINGAN HELWA KEBANGSAAN: MEMBINA WAWASAN BERSAMA

16hb September 2022 (Jumaat): Alhamdulillah, telah diadakan Persidangan Majlis Perundingan HELWA Kebangsaan (MPHK) di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Syukur, tahun ini dapat berkumpul secara fizikal bersama penggerak HELWA seluruh negara untuk mengecas semula tenaga, semangat dan ukhuwah – serta membina wawasan bersama, ke arah membina dan memimpin generasi yang bersedia dan siap siaga dalam menghadapi cabaran masa depan.

Terima kasih dan setinggi penghargaan untuk semua delegasi HELWA seluruh negara. Semoga muktamar meneguhkan keyakinan kita bahawa inilah wasilah dan medan dakwah yang kita pilih dalam membawa agenda perubahan kepada diri kita, serta dalam ruang lingkup pengaruh kita. Salam Kosmopolitan!

SIDANG MASURI BERLANGSUNG DI BACC

16hb September 2022 (Jumaat): Alhamdulillah, telah berlangsung Persidangan Majlis Setiausaha Negeri (MASURI) yang menghimpunkan para Setiausaha ABIM Negeri dari seluruh negara dan diketuai oleh Sdra. Mohammad Fazril Mohd Saleh, Setiausaha Agung ABIM Pusat. Banyak perkara yang dibincangkan dari segi pelaporan dan dokumentasi ABIM, dokumen-dokumen MYKD dan pergerakkan program-program ABIM seluruh negara. Semoga ABIM seluruh negara terus sistematik serta tersusun dalam memantapkan pengurusan dan segala gerak kerja masa mendatang.

MAJLIS SETIAUSAHA KEWANGAN ABIM NEGERI FOKUS PENGURUSAN YANG CEMERLANG

17hb September 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah diadakan pertemuan Majlis Setiausaha Kewangan ABIM Negeri di Bilik Jasmine 1, di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Antara lain, pertemuan ini membincangkan gerak kerja yang lebih tersusun di antara para Setiausaha Kewangan ABIM Negeri yang bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbiran kewangan ABIM Negeri dan Daerah.

Semoga kerjasama erat bersama Ustaz Dr. Mohd Faridh Hafez Mhd Omar (Setiausaha Kewangan ABIM Pusat) dan Unit Kewangan Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dapat terus digiatkan bagi menuju kecemerlangan tata urus yang konsisten, insya Allah.

SESI PERTEMUAN TERANG BENDERANG DI BACC

18hb September 2022 (Ahad): Alhamdulillah, telah berlangsung sesi pertemuan antara pimpinan ABIM Pusat dan para Exco Penerangan ABIM Negeri di di Bangi Avenue Convention Centre (BACC). Hadir sama, Naib-Naib Presiden ABIM, Sdra. Zairudin Hashim dan Sdra. Adli Zakuan Zairakithnaini. Antara lain, kumpulan ini ditubuhkan bagi tujuan melancarkan perkongsian maklumat ABIM Pusat ke Negeri dan dari ABIM Negeri ke Pusat. Ia juga bertujuan membincangkan hal ehwal semasa peringkat negeri dan nasional.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #MuktamarABIM51


Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR