
11 Mac 2026 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi Kempen Sinar Ramadan telah menyampaikan sumbangan kepada 50 keluarga penduduk Orang Asli di sini hari ini. Program yang dijalankan dengan kerjasama erat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ABIM saban tahun.

Dalam majlis penyerahan tersebut yang disampaikan oleh Sdr. Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri (Setiausaha Agung ABIM), setiap keluarga menerima sumbangan Seorang Sekampit Beras berserta pek makanan asas yang mengandungi pelbagai keperluan dapur harian.

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga terlibat serta menceriakan suasana sambutan Ramadan mereka. Semoga kerjasama strategik bersama JAKOA ini dapat diteruskan demi kepentingan orang asli dan masyarakat seluruhnya.

