
15 Februari 2015:- Seri Al-Huda, Kuala Lumpur serta ABIM Wilayah Persekutuan telah menganjurkan kejohanan Sukan Tahunan Seri Al-Huda, Kuala Lumpur. Pelbagai acara sukan rakyat telah diadakan di padang Sekolah Menengah Taman Melawati, Kuala Lumpur, untuk merapatkan hubungan antara para pelajar, guru-guru serta pimpinan WADAH-ABIM-PPIWP (WAP KL) secara keseluruhannya.