2 Ramadhan 1436H, Kota Bahru, Kelantan :- Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadhan Peringkat ABIM Negeri Kelantan, Di Kompleks Darul Hikmah, Tanjung Mas, Kota Bahru.Sempena dengan majlis tersebut turut dilangsungkan majlis ringkas penyerahan Sumbangan Ramadhan kepada Guru-Guru TASKI Abim Negeri Kelantan yang turut menjadi mangsa banjir di negeri tersebut, penghujung tahun lalu. Insya’Allah, ABIM akan mengetuai Delegasi Bantuan Kemanusiaan selaku salah satu badan gabungan (Friendship Group of Inter-Religious Services) FGIS yang akan menyerahkan bantuan pasca banjir kepada penduduk Kelantan sempena Ramadhan kali ini.