
22 Oktober 2025 – Alhamdulillah, Dr. Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden ABIM merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM telah memberi pengisian bertajuk ’Swacinta: Mahasiswa dan Kesejahteraan Mental’ di Simposium Kefahaman Madani dan Majlis Watikah Pelantikan Pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Zon Tengah bertempat di Universiti Putra Malaysia.
Swacinta yang bermaksud mencintai diri sendiri, merangkumi tiga proses iaitu mengenali, menghargai, dan menerima diri sendiri. Ia juga boleh diertikan sebagai “cinta diri” dan merupakan kunci penting dalam membentuk keyakinan diri seterusnya menjadi asas dalam menjaga kesihatan mental secara umum.

Turut hadir memberi perkongsian, ALPA YADIM Haji Amidi Dato’ Abdul Manan dengan tajuk ’Membangun Mahasiswa Madani’.

Seramai lebih 100 ahli RSY dari lapan universiti hadir menyertai simposium ini diikuti dengan serahan watikah pelantikan kepada lapan orang wakil pimpinan daripada universiti di sekitar Lembah Klang.
Semoga amanah dakwah ini dapat dilakukan bersama dan mendapat redha-Nya.
