SYARAHAN KHAS "MERAIH GANJARAN DI MUSIM KETAATAN: MUSIM HAJI" BERSAMA DR. MUHAMMAD SA’ID BAKR (JORDAN) DI KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KAJANG - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

SYARAHAN KHAS “MERAIH GANJARAN DI MUSIM KETAATAN: MUSIM HAJI” BERSAMA DR. MUHAMMAD SA’ID BAKR (JORDAN) DI KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KAJANG

SYARAHAN KHAS “MERAIH GANJARAN DI MUSIM KETAATAN: MUSIM HAJI” BERSAMA DR. MUHAMMAD SA’ID BAKR (JORDAN) DI KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KAJANG

7hb Jun 2022 (Selasa): Alhamdulillah, pertemuan bahagia ABIM bersama Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Bakr (Anggota Majlis Ulama Jordan). Di kesempatan ini, ABIM dapat menganjurkan Majlis Ilmu di Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Kajang dan perbincangan khas untuk saling bertukar fikiran berkenaan solusi dakwah terhadap cabaran umat Islam dunia.

Beliau mengupas tajuk “Meraih Ganjaran di Musim Ketaatan: Musim Haji” sewaktu sesi Syarahan Khas ‘Ya Ma’shar al-Shabab’ (Wahai Anak Muda).

Hadir sama, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM serta al-Fadhil Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty (Presiden KDH). Syeikh berkali-kali mengingatkan bahawa anak-anak muda merupakan sumber kekuatan umat yang perlu dipandu ke arah potensinya yang penuh.

Semoga Allah berkati usaha kita bersama, insya Allah.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti