Tahniah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah!
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran βTan Sriβ.
Anugerah tersebut diterima sewaktu Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan sempena Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau merupakan antara 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Terdahulu, beliau telah dinobatkan antara tiga doktor terbaik dunia daripada kalangan pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan wabak COVID19 oleh China Global TV Network.
Tahniah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah!