Tahukah anda tentang isu penculikan #SaveFawaz? Jom sebarkan kesedaran untuk bantu anak Syria ini

February 6, 2022
editor@abim

Tahukah anda tentang isu #SAVEFAWAZ? Fawaz Muhammad al-Qatifan, 6 tahun, anak kecil Syria dari Daraa yang diculik sepulangnya dari sekolah. Penculik meminta tebusan dan malang sekali anak kecil ini turut dipukul dan dirotan.

Video kanak-kanak Syria berusia 6 tahun tular didera oleh sekumpulan penculik. Penculik memohon wang tebusan sebanyak 140,000 dolar tetapi keluarga Fawaz tidak mampu.

Dalam video Fawaz menjerit merayu supaya berhenti dipukul. “Demi Allah, jangan pukul saya.” Sambil dia teresak-esak menangis kesakitan.

Kita gesa isu ini menjadi lebih viral supaya ramai pihak yang punyai kepakaran dapat tampil membantu mengesan lokasi sebenar Fawaz. Fawaz sudah diculik 3 bulan yang lalu. Kalau dilihat dalam video yang tersebar, badannya sudah terlalu kurus.

#SaveFawaz

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR