Taski ABIM Kembali Beroperasi Dalam Norma Baharu.

July 6, 2020
editor-media

 norma baharu taski abim

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN NORMA BAHARU!

1Julai 2020 – YDP ABIM Negeri Kedah, Ust Hazwan Syah Niezam telah menyampaikan sumbangan face mask dan hand sanitizer kepada dua buah Taski ABIM di sekitar Alor Setar yang bermula operasi hari ini (1 Julai 2020( setelah bercuti panjang ekoran wabak Covid19.

norma baharu taski abim kedah

Taski ABIM di beberapa buah daerah iaitu Serdang, Kulim, Sungai Petani dan Pendang juga turut memulai pembelajaran Pra Sekolah pada hari ini.

Ketua Biro Pendidikan ABIM Kedah, Usf Mohd Bilal Mohd Zain Qodam El A’saaly telah membuat pemantauan persiapan di beberapa buah Taski seluruh Kedah.

norma baharu taski abim kedah 2

 

norma baharu taski abim kedah 3

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM. Sama-sama kita doakan agar anak-anak kita terus bersemangat untuk belajar dan menimba ilmu. Norma baharu yang terpaksa kita sama-sama lalui. Terus jaga diri, jaga keluarga, kita jaga kita.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR