Tulisan Syeikh ‘Abdullāh Bin Ḥumayd rahimahullah, ulama’ OKU penglihatan yang celik mata hatinya

November 27, 2021
editor@abim

Syeikh ‘Abdullāh Bin Ḥumayd rahimahullah, alim OKU penglihatan yang celik mata hatinya. Beliau telah menulis sebuah risalah yang ditujukan buat para ulama Dunia Islam pada 60an kurun lepas.

Bagi sesiapa yang membaca sejarah umat Islam zaman moden, Dunia Islam pada 50an hingga 80an berada dalam situasi yang genting, di mana serangan-serangan budaya dan idealogi daripada luar Dunia Islam menyerang anak-anak muda.

Hal ini turut berlaku di Arab Saudi, terutama dengan wujudnya pihak luar yang datang masuk membawa budaya barat dan pemikiran barat ke dalam masyarakat Saudi. Syeikh ‘Abdullāh Bin Ḥumayd pantas mencerap perubahan ini, masya Allah.

Dan menulis risalah ini untuk mengingatkan para ulama akan peranan mereka dalam menjaga akidah dan pemikiran Muslimin, serta mengingatkan mereka akan kemuliaan dakwah di jalan Allah dan liku-liku yang wajib dihadapinya.

Risalah ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, dengan tujuan agar kita merenung semula bagaimana para ulama terdahulu, jiwanya jiwa haraki, jiwa penggerak masyarakat ke arah kebaikan.

Rahimahullah Syeikh ‘Abdullāh Bin Ḥumayd.

#UpayaOKU #SebarkanSalam


RISALAH KEPADA PARA ULAMA

Oleh: Shaykh ‘Abdullāh Bin Ḥumayd

Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Buku percuma untuk sebaran.

Risalah Kepada Para Ulama ini adalah karangan Syeikh ‘Abdullāh Bin Ḥumayd, mantan Qadi di Riyadh, yang dilantik oleh Raja ‘Abd al-‘Azīz Āl Sa‘ūd. Beliau juga adalah mantan Ketua Majlis Mahkamah Tinggi Saudi, dan menjadi salah seorang anggota Hay’ah Kibār al-‘Ulamā’, ketua bagi Majma‘ Fiqhī atau International Islamic Fiqh Academy (IIFA), dan salah seorang pengasas Rābiṭah ‘Ālam Islāmī atau Muslim World League.

Risalah ini dikarang beliau yang ditujukan kepada para ulama, agar terus kekal berdakwah, dan tidak berputus asa berhadapan dengan rintangan dakwah. Beliau menyebut bahawa rasa putus asa itu kadangkala muncul dalam hati pendakwah kepada kebenaran, kerana kepayahan rintangan yang dialami dalam urusan dakwah ini.

Namun demikian, beliau mengingatkan kepada para ulama dan pendakwah, untuk memperbaiki mindset, dan menganggap bahawa segala rintangan dalam dakwah ini merupakan satu perkara yang pasti dan tidak dapat dielak, ia menjadi sunnatullāh di dalam dakwah, sepertimana yang dihadapi oleh para Rasul terdahulu.

E-buku ini boleh dimuatturun secara percuma melalui pautan di bawah: https://drive.google.com/file/d/1CzlzqFFzpKBcBzP6hZJb717fPHTsTohC/view?fbclid=IwAR36b3wPrV571Tn1CpHhFjSMeI3uhzshsp_EQ2B8peWx5879HCnycsmCNs4

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat. Selamat membaca dan menghayati!

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Sumber: Ustaz Syafiq Ismail at-Tauhidi (Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat)

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR