Ustaz Dr. Jamnul Azhar Mulkan telah Pulang ke Rahmatullah

June 19, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Ustaz Dr. Jamnul Azhar Mulkan, doktor perubatan dan pendakwah pada 16hb Jun 2022 lalu. Almarhum merupakan lepasan Kuliah Perubatan Universiti Al-Azhar, Mesir, selain fasih berbahasa Arab dan Inggeris.

Solat jenazah disempurnakan di Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Aman. Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR