
31 Mac 2026 – Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menekankan kepentingan para belia untuk terus bergiat aktif dalam dunia gerakan dan organisasi. Menurut beliau, penglibatan dalam gerakan bukan sekadar aktiviti sampingan, tetapi merupakan wadah utama dalam membina jati diri yang kental serta menanam sifat ‘ummatik’—iaitu kesediaan untuk bekerja dan berbakti demi kepentingan umat.
Penekanan utama ini disampaikan oleh Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dalam ucapan penutup beliau di Young Leadership Programme (YOU-LEAD) yang dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Program ini menghimpunkan barisan peserta lepasan SPM sebagai platform bagi melahirkan generasi pemimpin pelapis yang bukan sahaja berilmu, malah memiliki jati diri yang tinggi, berkepimpinan serta punya teknik komunikasi.
Semoga usaha ini dapat membentuk sahsiah pelajar agar mampu menjadi ejen perubahan yang dinamik dalam masyarakat seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.
🗳️Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik infaqabim.com
📝Dan sertai ABIM di sini: https://app.myabim.my/login
