
16 Mac 2026 – HELWA ABIM turut mengadakan siri kunjungan ke Wad Onkologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi Kempen Dapur Helwa Ramadan. Program ini merupakan kolaborasi bersama Hospital Pakar Al-Islam dalam usaha menyantuni dan memberi sokongan emosi kepada para pesakit.

Delegasi ziarah kali ini turut disertai oleh Ustazah Nurul Aisyah Amir Ramli, Ketua Jabatan Akademi & Chaplaincy dari Hospital Pakar Al-Islam, serta Dr. Waheeda selaku wakil daripada pihak pengurusan HKL.
Seramai 28 orang pesakit telah disantuni bersama agihan pek kit ibadah serta buku panduan ibadah ketika sakit.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memudahcara urusan ziarah ini. Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat buat para pesakit.
