13 JAN 2024 - Global Day of Action - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

13 JAN 2024 – Global Day of Action

13 JAN 2024 – Global Day of Action

Perang genosid Israel ke atas Gaza kini telah mengorbankan lebih 20,000 rakyat Palestin dengan  beribu-ribu lagi masih hilang dan dianggap telah terbunuh di bawah runtuhan rumah mereka sendiri. Ini juga telah mengakibatkan 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan menghadapi masaalah kebuluran.

Mereka terpaksa berlindung di mana saja  dan ini pula mengancam  nyawa mereka dari segi kesihatan, angkara wabak penyakit.

Masyarakat antarabangsa telah gagal bertindak untuk  menuntut supaya  Israel menghentikan serangannya dan mengenakan gencatan  senjata untuk menamatkan pembunuhan ribuan mangsa, demi memastikan bantuan kemanusiaan segera dapat dihulurkan kepada penduduk Gaza.

Di seluruh dunia,  pertubuhan-pertubuhan solidariti serta jutaan rakyat berprihatin  telah ke jalanan, menuntut gencatan senjata segera . Kita kini harus memperhebatkan desakan ini dengan menyelaraskan nya  secara global. 

Kami menyeru sempena  Hari Bertindak Global untuk Gaza pada 13 Januari 2024, dengan menyokong gesaan daripada masyarakat sivil Palestin untuk bersatu mendesak  gencatan senjata kekal, demi menghentikan Genosid di Gaza, serta menamatkan kolonialisme dan  pengakhiran dasar apartheid Israel.

Ayuh kita berarak beramai-ramai di setiap kota dan bandar di seluruh dunia demi kesepaduan Hari Tindakan Global untuk Gaza pada 13 Januari.

#IsraelCuak #IsraelKoyak
#TaufanAlAqsa #UNSC2334
#PalestinMerdeka