SUA ABIM Sertai Misi Kemanusiaan Di Syria

















SUA ABIM SERTAI MISI KEMANUSIAAN DI SYRIA
Alhamdulillah, Sdra. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung ABIM) dan Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Kemanusiaan) ABIM Pusat, Sdra. Salman Bin Mohd Yusop telah menyertai Misi Kemanusiaan bersama delegasi Malaysia for Syria (MFS) sejak 4hb Julai 2022 lepas.
Hari pertama masuk ke Syria bersempena di Hari Arafah, tim MFS terus melaksanakan amanah ibadah akikah dan Sedekah Qurban di Kampung Malaysia Syrian Al-Hayah di AlBab, Syria.
Sebanyak 7 kambing sembelihan untuk dimasak dan dijamu untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah hari tersebut.























Sebagai rekod, ABIM, Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Malaysia for Syria (MFS) turut melakukan ibadah korban di 22 buah negara termasuk Malaysia antaranya di Lubnan, Gaza, Nigeria, Sudan, Kenya dan banyak lagi.
Semoga daging Qurban yang anda lakukan di sini juga dapat menggembirakan mereka yang lama tidak menjamah daging. Kullu Aam wa antum bi-khair!
Klik: https://www.facebook.com/malaysia4syria dan https://www.facebook.com/gpmmalaysia
•••
Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/