ABIM Besut Anjur Kursus Kecemerlangan Al-Quran (KKQ) Anak Soleh 2023 di 10 Buah Masjid

March 18, 2023
Admin Abim

ABIM BESUT ANJUR KURSUS KECEMERLANGAN AL-QURAN (KKQ) ANAK SOLEH 2023 DI 10 BUAH MASJID

Alhamdulillah, ABIM Daerah Besut telah menganjurkan Program Kursus Kecemerlangan Al-Quran (KKQ) Anak Soleh 2023 pada 19hb Februari – 9hb Mac 2023 (selama 3 minggu). Program diadakan dalam usaha membentuk generasi pelapis belia Islam yang syumul dan berakhlak mulia dalam membawa mesej dakwah dan tarbiah.

Kem ini telah mendapat sambutan yang tinggi oleh masyarakat setempat dengan kerjasama 10 buah masjid dalam daerah Besut. Antara sesi yang dijalankan adalah Tahsin Solat dan Amali Solat Jenazah dan Amali Penyembelihan Haiwan, di mana peserta diberi pendedahan dan pengalaman untuk menyembelih sendiri ayam.

Terima kasih kepada Pejabat Agama Daerah Besut atas kerjasama yang diberikan.

Pada 9hb Mac 2023, telah berlangsung Majlis Penutup Program Kursus Kecemerlangan Al-Quran (KKQ) Anak Soleh 2023 anjuran ABIM Daerah Besut. Majlis dirasmikan oleh Encik Rosli bin A Rahman, Timbalan Pegawai PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Besut.

ABIM Besut turut meraikan 53 orang fasilitator KKQ 2023 yang telah menjayakan program ini. Terima kasih kepada semua penggerak anak muda Islam yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi melahirkan generasi pelapis Quranik.

Para fasilitator turut diraikan di Kedai Nasi Berlauk Mama, Kampung Pengkalan Nyireh, Besut.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/infaqramadhanabim

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR