30 PROJEK RAMADAN
PROJEK #1: MEMPERBAIKI HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN
Ketibaan bulan ini perlu kita sambut dengan hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan rahmah. Sabda baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, “Mahukah daku beritahu kepada kalian, akan perbuatan yang lebih mulia daripada puasa, solat dan sedekah?”
Mereka (Para sahabat) berkata, “Iya (kami mahu).”
Baginda bersabda, “Memperbaiki hubungan antara sesama. Sesungguhnya kerosakan hubungan antara sesama itulah yang akan mencukur. Daku tidak katakan ia mencukur rambut, tetapi, ia mencukur agama (yakni merosakkan agama seseorang).” (H.R. al-Tirmidhī)
🔆 Layari www.abim.contactin.bio
🔆 Katakanlah “saya mahu menyumbang”. Klik pautan untuk berinfaq: https://www.billplz.com/infaqabim
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti