
21 April 2026 – Program Ziarah Pesakit ini merupakan satu inisiatif yang dijalankan secara berkala bagi memberikan sokongan moral dan kerohanian kepada para pesakit. Program ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Pakar Al Islam.

Program ziarah kali ini menyantuni pesakit di Wad Bedah, HKL dan Dr. Nurwahida Jamaan hadir mewakili Abimedik. Para sukarelawan berinteraksi secara bersemuka bersama pesakit untuk memberi sokongan psikososial serta serahan pek kit ibadah dan buku panduan ibadah khusus ketika sakit turut dilakukan sebagai rujukan praktikal buat pesakit dan waris.

Inisiatif ini diharap membantu mengurangkan tekanan emosi dan memperkasakan aspek spiritual pesakit sepanjang berada di hospital. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kesejahteraan komuniti pesakit.

