














PERTANDINGAN BADMINTON KARIAH MASJID AR RAHMANIAH, TELUK INTAN
24hb September 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, Biro Belia Masjid Ar Rahmaniah dengan kerjasama ABIM Teluk Intan dan MBD Hilir Perak menganjurkan pertandingan badminton peringkat kariah.
Pertandingan yang disertai 16 regu ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan belia setempat. Inilah salah satu cara untuk kita dekatkan para pemuda dan masjid.
Terima kasih PU Mohd Ridzuan (Timbalan Pengerusi MBD Hilir Perak) merasmikan pertandingan ini. Tahniah Sdra. Mohd Firdaus (Timbalan YDP ABIM Teluk Intan) atas penganjuran.
Semoga selepas ini lebih banyak aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak masjid bagi mendekatkan anak-anak muda untuk bersama.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti
