







USRAH UMUM: “KOSMOPOLITAN ISLAM; DI MANA ABIM SELANGOR?” DI SERDANG
21hb September 2022 (Rabu): Alhamdulillah, telah berlangsung Usrah Umum ABIM Selangor di TASKI Saidatina Fatimah, Sri Serdang, bagi mengupas pengisian bertajuk “Kosmopolitan Islam: Di Mana ABIM Selangor?”.
Diawali dengan bacaan tahlil untuk Almarhum Prof. Dr. Azyumardi Azra, lalu diteruskan dengan penyampaian yang sungguh bersemangat oleh Sdra. Mohd. Khairul Anwar Ismail (Timbalan Presiden ABIM Pusat), dan Sdra. Mohamed Azlan bin Dhajul Amin (YDP ABIM Selangor). Sesi diteraju oleh Ustaz Mohd Hafiz Ghazali (TYDP ABIM Serdang).
Terima kasih kepada tuan rumah, ABIM Serdang atas jamuan dan tempat yang disediakan. Kehadiran yang meriah, dianggarkan hampir 50 orang penggerak ABIM daripada kalangan Rijal dan HELWA dari pelbagai lokasi.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
