







































PROGRAM BELIA MENCEGAH EKSTREMISME 2022 ZON SARAWAK, DI KUCHING
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Belia Mencegah Ekstremisme (P/CVE) 2022 Zon Sarawak di Hotel Dormani, Kuching pada 9-11hb September 2022 (Jumaat-Ahad). Program melibatkan para peserta dari pelbagai daerah di Sarawak ini dianjurkan oleh ABIM Pusat dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negara (JBSN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Penyertaan seramai 33 orang yang menghimpunkan belia-belia di Sarawak ini bertujuan: Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan golongan muda tentang isu ekstremisme ganas dan keganasan melalui pelbagai sumber, sama ada berkaitan keselamatan, undang-undang dan penggunaan media sosial.
Selain itu, untuk meningkatkan kesedaran dan berkongsi pengalaman tentang gejala ekstremisme ganas, keganasan dan pemulihan dengan bekas tahanan; dan melatih dan memperkasakan belia melalui jangkauan kepada pemacu ekstremisme ganas.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti
