ABIM Taiping Rasmikan Pusat Dakwah

September 2, 2016
editor-media

31hb Ogos 2016 (Rabu): Bersama iringan semangat kemerdekaan serta debaran menuju Muktamar ABIM Pusat pada 28-30hb Oktober 2016 kelak, Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim telah menyampaikan ucaptama dalam Muktamar Abim Daerah Taiping (Perak) Kali Ke-43. Saudara Raimi diiringi oleh Exco Penyelidikan ABIM Pusat, Saudara Mohd Firdaus Md Hamsin. Alhamdulillah, Muktamar kali ini diserikan lagi dengan upacara perasmian bangunan baru Sekolah Rendah Islam (SERI) serta Sekretariat ABIM Taiping. ABIM sentiasa komited untuk mengangkat institusi-institusi pendidikan ABIM misalnya TASKI, SERI, SEMI, TAHFIZ dan Kolej Dar al-Hikmah (KDH); agar dapat menawarkan kepada masyarakat juga komuniti setempat, berkenaan pendidikan integrasi (keagamaan dan kontemporari). Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo