
24 September 2016, Seremban:- Grup Peguam ABIM (GPA) membuka klinik guaman percuma di Dataran Senawang (berhadapan Maybank Senawang) pada hari ini, Sabtu 24hb September 2016, mulai jam 2:30 petang hingga 10 malam. Klinik guaman percuma ini dibuka sempena Karnival Best Gilerr yang turut menyediakan program seperti Forum Santai dan Busking.
