
2hb April 2017 (Ahad): Alhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz hadir dalam Upacara Perasmian Hari Keluarga Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM Bagan Serai. Beliau turut mengedarkan buletin edisi khas PANJI, terbitan ABIM Pusat dalam program tersebut. Program penuh ceria ini berjalan di Tehno Village Resort, Bukit Gantang, di mana 4 buah TASKI ABIM terlibat iaitu TASKI An-Najah, TASKI As-Solihin, TASKI Bestari, dan TASKI As-Siddiq, dengan 110 orang pelajar diasuh di empat TASKI tersebut. Yang Dipertua ABIM Bagan Serai, Ustaz Johari Yusof turut hadir, menyaksikan para ibu bapa dan anak-anak bersaing dalam suasana yang sihat; penuh meriah serta semangat kekeluargaan.
