
26 Oktober 2025 – Pimpinan ABIM hadir ke ‘Himpunan Trump: You’re Not Welcome’ di Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan dan simbol solidariti rakyat Malaysia dalam menolak kezaliman terhadap isu Palestin.
Walau protes tidak mengubah kehadiran Presiden Amerika Syarikat itu ke Malaysia, ia penting sebagai tanda solidariti berterusan kepada Palestin serta penyataan jelas bahawa kehadiran beliau tidak dialu-alukan atas dasar bantuan ketenteraan dan dasar luar Amerika kepada Isra*l.

Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan kepada Donald Trump hari ini turut menggesa beliau untuk kekal fokus membawa keamanan di bumi Gaza.
Donald Trump hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 hari ini bagi membincangkan usaha kerjasama Malaysia-AS selain bagi bertukar pandangan serta menandatangani dokumen penting dalam memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.
