
6 Mac 2026 – Alhamdulillah, Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah hadir menyampaikan perkongsian bertajuk ‘Ibrah Nuzul Quran’ bertempat di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.
Dalam perkongsian bersama warga Kementerian Pendidikan, beliau mengupas tentang pengajaran sejarah dan moden yang diperoleh daripada wahyu Al-Quran. Ahmad Fahmi secara khusus menekankan keperluan untuk empati dan tindakan kemanusiaan sebagai tindak balas kepada krisis global, seperti yang berlaku di Gaza dan Syria. Kemajuan teknologi digital dan info di hujung jari pula menjadikan situasi kemanusiaan dan kekejaman masa kini hanya suatu normalisasi, bukan untuk dipedulikan.
Justeru, penekanan pada pendidikan dan amal sebagai alat penting untuk membina masyarakat yang progresif dan berbelas kasihan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian agihan Tabung Ihya’ Ramadan oleh Kementerian Pendidikan.
