
𝟏𝟏-𝟏𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔 – 𝐀𝐇𝐀𝐃 | 𝐓𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍
Telah berlangsungnya Bengkel Advokasi Pemimpin Muda : “Membentuk Generasi Empati dan Peduli bertempat di KampungStay Abang Mel, Tuaran. Bengkel dianjurkan oleh Kumpulan Inisiatif Relawan Wanita dan Anak Sabah (KIRANA Sabah), dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, Bahagian Zakat & Fitrah MUIS dan ABIM Daerah Tuaran telah melibatkan seramai 37 peserta terdiri dari beberapa buah sekolah di sekitar daerah Tuaran.

Hari pertama program diteruskan dengan pengisian Ceramah & Bengkel Mental Health Matters – Tekanan Kehidupan : Bagaimana Saya Menghadapinya yang telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pn. Syaidatul Sabila Azwa binti Mohd Ali.

Sesi tengah hari diteruskan dengan pengisian ceramah – Isu Seksualiti dalam Kalangan Remaja disampaikan oleh Pn. Nurhamiezrah binti Midin, Naib Yang Dipertua II (HELWA) ABIM Negeri Sabah.

Bengkel dilaksanakan selama 2 hari 1 malam ini, bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kesihatan reproduktif, pembentukan jati diri serta pencegahan gejala sosial, selaras dengan usaha memperkasa generasi remaja dan mendukung aspirasi pendidikan negara.
