
𝟑 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 , 𝐓𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍:- ABIM Daerah Tuaran bersama KIRANA Sabah dan Bahagian Zakat & Fitrah MUIS telah pun melaksanakan Program Ayuh Dorong Akhlak Baik (ADAB) di Rumah Anak Yatim & Maahad Tahfiz HOME Tuaran.
Seramai 32 peserta lingkungan usia 10-16 Tahun telah diberikan pendedahan dan penerapan tentang contoh nilai akhlak mulia melalui pengisian ceramah serta aktiviti explorace menarik dan menyeronokkan.
Program dikendalikan oleh Pn. Nurhamiezrah binti Midin, NYDP II (HELWA) ABIM Negeri Sabah merangkap Setiausaha ABIM Daerah Tuaran bersama beberapa barisan fasilitator dalam kalangan sukarelawan dan penggerak ABIM Sabah dan KIRANA Sabah.

Program ADAB (Ayuh Dorong Akhlak Baik) adalah inisiatif program yang diilhamkan penggerak ABIM Daerah Ranau susulan daripada kerisauan terhadap sahsiah dan akhlak generasi muda yang semakin rapuh akibat pengaruh yang tidak baik.
Oleh itu, dengan penganjuran program sebegini, ABIM Sabah dan KIRANA Sabah dapat membantu sedikit sebanyak usaha untuk memperkasakan nilai dan akhlak mulia dalam kalangan generasi muda.

Semoga ilmu yang dikongsikan sepanjang program ini berlangsung mampu memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir. Insya-Allah.
